Friday 14 February 2014

Sem baru, niat baru, usaha baru . Boleh ke?

Assalamualaikum..(tak jawab dosaa)
Hmm.. Malam ni lah leh puas puas tidur kat rumah.. Kenapa?
Esok dah balik hostel dah.
Macam macam perasaan datang tapi yang paling tebal rasa malas tu. Malas nak pack barang, malas nak cari apa yang tak ada n malas lah nak balik melakaaa.. Ni lah perasaan seorang student yg dah bercuti sebulan lebih.. Otak pun makin tepu dok rumah .. (Astarghfirullahalazim).

Isnin,17 feb 2014 bermulalah sem baru untuk pengajian aku kat utem. Sem 2 yang merupakan sem last untuk tahun satu degree. Aku rasa takut pun ada. Yelah , aku tengok subjek yg bakal aku belajar nanti je aku dah mula pning kepala. Much to account subject. Sedangkan ni first time aku ambil subjek ni. Nak buat macammana kan. Dri dulu belajar tak cukup bersungguh sungguh. Dari bidang science stream kat mrsm , tukar ke science hayat kat matrik. Then ni terjun kat bidang sains sosial. Yeke sains social?
Mungkin lebih mudah nak jelaskan maksud aku tu sekarang bidang more to business. 12tahun dalam bidang sains , tiba tiba masuk bidang ni. Tapi Alhamdulillah,aku bersyukur sangat.
Mungkin,kalau aku masih teruskan dalam bidang sains , aku tak dapat merasa kejayaan yang aku kecapi sekarang. Pointer yg agak baik bagi first sem walaupun belum tercalon dalam deanlist. Yelah. First try dalam bidang ni kan. Not bad kan?
So, bagi siapa siapa yg senasib ngan aku, please jangan down, lebihkan usaha n tekad. InsyaAllah, Dia akan bantu kita untuk terus berjaya..

Berbalik kepada sem 2 yang bakal aku tempuhi, aku pasang niat baru.
Aku nak belajar bersungguh sungguh n nak dapatkan deanlist. 3.5 je pun dah cukup. InsyaAllah.
Nanti , bolehlah aku mohon biasiswa yang aku dah berniat nak ambil tu. Sem 2 ni juga aku nak mula aktif dengan koko walaupun 2 or 3 aktiviti. Advantage untuk aku dapat scholarship tu n semakin tinggi peluang aku untuk berjaya. Semoga Allah permudahkan urusan aku.
Dari awal lah kita kena mula merancang masa depan kita. Supaya benda tu menjadi tanda untuk kita capai nanti. Kalau kita tak ada perancangan, jadi apa tujuan kita belajar kan? Lebih senang kalau kita cakap kita kena ada misi dan visi. Ada target untuk dicapai. InsyaAllah kita akan gigih berusaha untuk mendapatkannya.

Usaha baru?
Yaaa.. usaha baru .. Aku kena lebih berusaha dari dulu n orang lain. Kalau orang lain baca buku sekali, aku kena baca dua kali n buat latihan berkali kali. Sebab aku tahu orang lain lebih pandai dari aku. Most of them semua ada basic dalam bidang tu sedangkan aku tidak. So, aku kena lebih dalam membuat ulangkaji dan latihan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini . Permudahkan lah niat dan urusan aku ya Allah. Ameen.
Aishah, kau kena kuat!
ye, aku kena kuat!
Wish me luck and please pray for me.
May Allah bless all of us.

SEM 2 , PLEASE BE NICE TO ME :)

 Plan it and work for it. InsyaAllah .



Lots of love,
pelangiapril

Wednesday 12 February 2014

Pari pari kehidupan last part.

Assalamualaikum n good morning.
Alhamdulillah . Cuaca hari ni sangat cerah dan ceria. Pepagi lagi pakcik postman dah hon "ping ping ping" dah macam bbm lak aih main ping ping. Haha.
K, harini aku rasa nak pos 2 entry . Sebab... hmm. entahlah. Nanti korang taulah..Haha. tapi malaslah..
Kita sudahkan pari pari kehidupan sejak zaman maktab dulu k..

8.Fatin Asmalina a.k.a Melly Mellot
Kemain comel lagi kita. kuikui
"This girl was so cool. Apa apa pon boleh lau nak buat dengan ni. Nak jadi baik boleh , nak jadi nakal pon boleh. Hihi. Why? Sebab lau jumpa orang yg ngam ngan dia, apa apa je senang dia redah. As people said, we will doing crazy things with the people we comfort for. But we'll feel awkward with the people we're not comfort with although it is a good things. Yeah. Indeed.
Melly ni kadang kadang choosy sikit . Hee . Tapi tulah yg akan buat dia dpt yg terbaik. Aku ngn dia dijodohkan bersama sejak kat maktab. Yelah. Maktab sama,matrik sama,u pon sama. Haihh. Mesti Melly bosann gila tengok muka aku ni. Tapi course tak sama, so jaranglah kitorg berjumpa. Gambar yg aku ngn dia atas tu kitorg terserempak masa nak tunggu bas catch up. Bju aku kerunyuk keriput weii. Coz that time tak iron baju takut tertinggal bas gara gara bangun lambat. Haha. Kantoi. Tp still masih boleh berselfie bersama Melly tersayang. Apa yg aku ingat kan, dedulu kat maktab aku selalu gak tidur ngn dia. Satu malam tu melly wat aku addicted dgn lagu pujaan hati. Melly,do you still remember?
Banyak jugak gosip gosip kitorg share. Ngan put n intan sekali. Wahh. Rindu sungguh. Masa mana boleh putar kebelakang balik kan kecuali dgn buat hashtag throwback je yg mampu.. Melly pon bergaya sokmo macam kawan kawan yg lain. Cantik je. Teringat dulu mr superman suka dia. (Superman lau tak salah).
 Sekarang dgn afiq lau tak salah laa coz dah lama tak borak ngan melly. Semoga berkekalan k. Muah :* (:p)"

9. Nazatul adawiyah a.k.a ajat stylla

Senyummm :))
"This girl was so tough n strong. Banyak benda yg berlaku tapi dia masih mampu tersenyum tempuh semua tu. Ajat ni kecik kecik comel lote. Tinggi jugaa tapi kurus :p . Masa kenal dia dulu sbb kwn kat sekolah sars1 bgtahu yg ajat tu cousin dia. Aku pon usha usha lah dia wat berkawan. Tapi masa tu aku 4aca , ajat 4bego so tak rapat lah sbb jarang jumpa. Since form5 baru rapat atas bantuan dyaa si comel tu masa nak sambut bufday ajat sama sama. Sebak pula hati ni bila ingat. Aku sedih sangat dulu masa ajat nak pindah maktab. Ada malam tu masa dia nangis,aku pon nangis sekali dalam hati. Masa tu aku ngan dia je kat bilik,tunggu yg lain datang. Ya Allah,masa tu seriously aku tahan je mata ni. Im still remember that moment. N lagi satu moment aku takleh lupa, satu malam tu aku,ajat n amal dok luar bilik n tgk bintang. Ajat tunjuk bintang tu dia punya ,amal n aku pon. Bintang ajat mestilah dia cakap izzul. Hihi. 
Sedih tau ajat pindah. Pas ajat pindah tu aku berusaha contact jerah. Aku cakap kat jerah,kawan lah ngan ajat n tengok tengok kan dia. Same to ajat too. Aku soh dia cari jerah lau nak kawan coz jerah pon kawan baik aku. Tapi aku tak kesah lau ajat de kawan yg senang dia berkawan kat sana. Much betterkan.. 10teens was not complete without her that time. Tapi apa apa pon yg kitorang buat, kitorang still ingat dia. Then Allah panjangkan umur kami n jumpakan kami kat matrik. Selalu gak lepak ngan ajat n cerita cerita ngn dia. Termasuklah cerita pasal si orang tua yg budak kelas dia tak brapa suka. But that orang tua still contact aku jatttt. Harhar. Now, u lain lain so dah lama jugak tak jumpa ajat sampai sem1 pon dah habis n sem2 bakal bermula. Apa apa pon aku doakan yg terbaik untuk dia. Semoga senyuman sentiasa terukir di wajahnya. (senyum sendiri.. ehh, gelak act :p)Rindu donggg"


Haa. Dari part 1 till last part,nilah pari pari kehidupan aku. Aku tulis entry ni sebab rindu sangat kat diorang n aku nak sangat ngan diorang yang dulu. Tapi macam aku ada cakap tadi,masa takleh berputar balik. Masing masing busy ngan hal diorg. Mungkin ada yg dah lupakan aku.. Entahlahh.. Huhu. Hope diorang still sayang aku sbb aku sentiasa sayang diorang. Mungkin aku takut nak cakap kat diorang sbb aku takut diorang tak suka. Aku mmg nak sangat jumpa diorang tapi masa,jarak menghalang aku. Aku rindu. Kadang kadang aku stalk diorang just nak tahu keadaan diorang. Aku mungkin bukan kawan yang baik yg call diorang tanyakan khabar,aku tak sesweet kawan diorg yg lain yg call untuk bagitahu aku rindu. Sebab aku malu n takut diorang tak suka. Masing masing pandai. Aku tak sehebat diorang tapi insyaAllah aku dah buat yg terbaik. Aku akan sentiasa doakan diorang n takkan pernah lupakan diorang. Semoga Allah panjangkan umur kami dan berikan kami rezeki untuk berkumpul sama sama lagi. Ameen.
Apa apa pon, aku tetap sayang diorang macam dulu n lebih dari dulu. Walaupun diorang lupa aku nanti,aku takkan lupakan diorang. Moga semua tabah dengan kehidupan masing masing. Semoga Allah lindungi mereka,dan berikan kebahagiaan pada mereka. 
Rindu :'(

Tujuh Golongan Yang Berteduh Di Bawah Arasy Allah

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللُه فِىْ ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّهُ : اَلإِمَامُ الْعَادِلُ , وَشَابٌ نَشَأَ فِىْ عِبَادَةِ رَبِّهِ , وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِىْ الْمَسَاجِدِ , وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِىْ اللِه اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ,وَرَجُلٌ طَلَبَتْهٌ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وََ جَمَالٍ فَقَالَ إِنِّىْ اَخَافُ اللهَ , وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ , وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Bermaksud :
ِAda tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-

Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

Daripada hadith di atas, antara 7 golongan itu termasuklah persahabatan.

Golongan keempat - Dua orang lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah .
Kebanyakan orang merasa kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan–kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung di sebaliknya kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja .Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan disebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah.

Okay semuaa. Tamat dah kisah pari pari kehidupan aku since kat maktab.
Anyway, ramai lagi yg aku belum ceritakan since maktab juga,matrik till the latest at utem.
Nanti aku cerita k. Pikey, sufi, sya, ubi,wawa, wani, arifah,sya, s31p1, n btec students. Will share soon.
Semoga ukhwah yg terjalin antara kita dan sahabat sama sama di redhai Allah.
InsyaAllah. Ameen ya rabb :)

Lots of love,
pelangiapril

Sunday 9 February 2014

Pari pari kehidupan PART ll

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Malam ni nak sambung cerita yang terbantut semalam gara gara akak nak guna lappy.
Tak sabar tau nak sambung cerita ni. Hee :D
Pari pari kehidupan saya yg seterusnya..(sambil buat bunyi drumroll). Mesti korang excited nk tengok sebab yg sebelum ni pon cantik cun melecun pari pari aku kan. Jom.

4. Amalina a.k.a amal domo ( domo fan )

"Aigoo.. this girl was too cute and always look perfect. Macam artis kan? Oyeah.. uolls boleh pergi youtube and search je amalina said. Uolls dgr lagu original n yg dia cover,sungguh tak mengecewakan. Lau malas nau nak carik,nah link dia , http://www.youtube.com/channel/UCp_Kvjo8kHj3HcbsE2Ww1rA .
Kalau korang lom kawan ngan dia,korang mesti ingat dia ni macam sombong jer(aku lah dulu tu). Tapi sebenarnya tak pon. Aku suka kawan ngan amal ni. Comel , manja ..(semua kawan aku manja k bg aku), simple but nice. Yeah. Really nice. Tambah tambah lagi suara lunak merdu yg dia ada. Lagu dia jd lullaby aku setiap malam. Dia ni pon penyayang k. Yang aku takkan lupa dia ni sbb dia suka sgt kat domokun dulu. Tu yg jd trademark dia bg aku. Ingat domo, tgk domo, teringat kat dia. Dia pon kuat berahsia. Amal yang susah diramal. Hehe. Apa apa pon dia memang perfect bg aku. Pandai pon ye tau. Rindunyaaa. Hehe. Kalau yg sebelum sebelum ni pon dah taken, amal pon dah taken.. by someone.."

5. Munirah a.k.a moon (sambil nyanyi talking to the moonnnn ...lalalaaa)
Subhanallah , cantik sungguh ciptaan Mu. 
"Ishhhhh.. This pretty girl was too flawless. Jeles i tau. Hehe. Gadis ni pon kalau korang lom kenal mesti korang cakap dia sombong. (Akulah tu dulu). 1st aku kenal dia masa aku ikut ikin lepak ngan geng dia. Mun lah salah sorangnya. Ingat lagi dia tanya , "aku tak gemuk kan?" masa tu dia baring atas riba ikin kat surau masa ngah tggu nak masuk isyak. (She might be not remember that :p).
Muka dia masa tu kemain sombong macam tak kasi aku kawan ngan ikin. Hikhik. Tapi tak pon sebenarnya. Dah lama kawan, korang kenal dia macammana. Macam aku cakap sebelum ni, Allah bagi aku ingatan yg kuat walaupun perkara tu nampak kecil (Alhamdulillah). So, setiap yg berlaku  insyaAllah aku ingat. Perubahan seseorang pon aku dapat tengok n rasa. Aku cakap macam ni sbb gadis cantik ni dulu hingga sekarang berubah sikit demi sikit kepada yg lebih baik. Alhamdulillah. Aku happy tengok dia yang sekarang. Always cantik n happy outside (hoping for inside too :))Semestinya dia yg hari ni lebih baik dari yg semalam. 
Dahlah makin kurus,makin cantik. Suara pon lunak merdu. Malam2 pon aku dgr record lagu yg dia nyanyi masa g karoke sama sama. Ehem. Yela, pembakar semangat dia sentiasa ada. Siapa lagi kalau bukan si faqih mukhsin (sorry lau salah eja). Hehe. Missyou besties!"

6. Puteri nurira a.k.a put 
"Meltingnyaaa tgk senyuman minah ni. Hehe. Macam puteri . Sesuailahkan ngan nama dia. Sejuk mata ni tengok. Takyah letak ice weh. Nak describe dia macammana eh? Dia ni baik n nakal orangnya. Dia ni lah yg byk tolong aku masa kat maktab dulu. Aku rapat ngan dia since kitorg ni satu homeroomate. Selalu share cerita pasal pakwe sama sama,bg pendapat sama sama lagi lagi pasal lelaki. Kitorang bukan gatal merenyam just sekadar suka suka je. Aku tak kekok langsung ngan dia walaupon dah lama tak jumpa. Buktinya aku ngan dia satu u n blok kitorang depan depan je. Lagi2 roomate aku bff roomate dia. Sekepala pulak. Lucu weh. Dari atas blok dia tingkat 4 dok jerit kebawah kat bilik aku yg groundfloor ni ha. Nampak tak kesempoian disitu? Dia ni stylo k. Sangat. Pepagi nak tggu bas utem catch up , lau aku naik bas dulu, selalu terperasan dia lalu. Aku perhati je senyap2. "Haihh.. Cantiknya kawan aku ni" cakap dalam hati. Kitorg campus lain2. Aku bandar , dia induk. Thats why tak dpt jumpa selalu n bas lain2. Bangga kejap masa tu jd kawan dia. kenapa? Sebab oneday tu dok tunggu bas kan, classmate aku dok cakap2 ngn aku. Pastu dorang cakap, "Weh,cantiknya kasut budak tu. Padanlah kot ngn dia yg cantik". Aku pon pandang kat gerangan orang tu. Cepat aku mejawab tau "Ouhh. tahu takpe. Dia kawan aku. Putri budak dip". Ada gaya bangga tak? Astarghfirullah. Kemain lagi aku ni. Hehe. Rindu pulak. Nanti balik hostel nak g serbu bilik dia ah. Aihh. Pakal la bilik dia tinggi , lau tak selalu gak aku datang. Hee. Like another besties, dia pon dah taken by MR. akem . ( Hoho. Phewit)"

7.Fitrah a.k.a pipitt (memandai aku je.. kan fit)
 
"Susah betul nak dapat gambar si budak manis ni. Wah.. Rindunyaaaaaaaa. Sangat sangat rindu weh. Dari maktab sambung ke matrik aku ngan budak sorang ni. Dia ni lah tutor part time aku time time exam nak dekat. Budak pandai ni. Masa kat matrik siap tidur bilik dia lagi. Nak belajar n tengok movie. Tengok movie yg banyak ngan ajat,thilah,nanie n ika. G pantai, men layang layang yang tak terbang terbang, n ada lah lagi.. Hehe. Apa yang aku boleh describe fit ni , dia ni sangat memahami. Walaupon tak semuanya tapi dia mmg seorang yg memahami situasi n byk benda. Nasihat dia orang boleh terima dgn senang hati. Kata kata dia penuh dgn makna. Juara pidato ni. Peserta kebangsaan lagi. Fit jenis yg humble n bersederhana. Macam ada orang orang kata tu, asal ada keperluan boleh je hidup. Maksudnya kat sini,dia ni bukan yg suka menunjuk atau meminta minta. Ada sesetengah orang mesti nak keperluan dan kehendak kan. Rindu gilaaa kat fit ni. Lama tak dgr khabar sejak abes matrik. Dgn phone yg kena telan mesin basuh lah. Hehe. Dia guna nombor mana pon aku tak tahu. Haih. Apa nak jadi ngn aku ni. Takpe, jap lagi aku mintak kat fb. Fit ni sweet,kurus,baik. Mcam macamlah. Paling mengingatkan aku kat dia, bibir dia yg kecik comel molek tu. Hehe. Rindu k. Rindu. Fit ada pakwe tak eh? Biarlah rahsiaaaa.(padahal aku pon tak tahu).

Okey guysss. Will continue for part III k. Like usual, akak nak guna lappy.
Hehe. Jangan terlalu excited untuk tahu pasal pari pari aku yg seterusnya. Hihi.

Goodnite darls, XOXO :)

Lots of love,
pelangiapril

Saturday 8 February 2014

Pari pari kehidupan.

“We'll be Friends Forever, won't we, Pooh?' asked Piglet.Even longer,' Pooh answered.” ― A.A. MilneWinnie-the-Pooh

"True friends are like diamonds – bright, beautiful, valuable, and always in style." ―Nicole Richie (sambil nyanyi shine bright like a diamond.. lalalalaaa)

Wah. Gahnya tajuk post kali ni. 
“Pari pari kehidupan
Okay. Sebab pepagi bukak wechat,terus terbukak wechat yg dgn nana. Nampaklah perkataan rindu tu.
Sapa tak rindu kawan dia kan kalau dah 2tahun tak jumpa. How time flies so fast. So i decide to share about all my beautiful princess that i miss so so much.

Pada aku , kawan umpama pari pari dalam hidup seseorang. (so much fantasy :p)
Bukanlah sebab diorg cantik, ( mmg dorang cantik pon ) tapi sbb tanpa diorg kita takkan rasa asam garam kehidupan. Tipu kalau dalam persahabatan tak ada gaduh , cemburu walaupun sikit , n kata kata belakang sama ada baik atau tak. Tapi semua tu dapat diatasi ngan rasa kasih dan sayang. Persahabatan tak jadi secara kebetulan kecuali kita yang meminta dan menerima dia seadanya.
"No friendship is an accident." ―O. Henry, Heart of the West
Bila berkawan, kita kena menerima dia seadanya. Sama ada dia cantik atau tak , baik mahupun nakal , kita kena terima diorg. Sebagai kawanlah kita kena nasihat dia kalau dia nakal , dan sebagai kawan jugalah kita kena puji dia kalau dia baik. Susah nak describe seorang kawan kecuali kita yang merasanya sendiri. Kita pon kenalah beringat , dalam persahabatan jangan ada yang ambil kesempatan. Kalau kawan kita jatuh, bangunkan dia , papahlah dia. Kalau kawan kita nangis , pujuklah dia , kesat air matanya. Kalau kawan kita berjaya, raihlah dia dan doakan yg terbaik untuknya. Ingat , jangan ambil kesempatan. Jangan sesekali tikam kawan dari belakang. NO , NO ,NO .

 "Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything." ― Muhammad Ali
 "A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow." ―William Shakespeare
Banyakkan kata kata tentang persahabatan. Aku ada ingat satu kata kata ni "Friends is the mirror of your past" . Tapi lupa sapa gerangan yang berkata.  Betul kan? Kawan tu lah cermin masa lampau kita. Diorang lah yang isi masa masa kita lagi lagi sapa yg dok asrama macam kita kita ni. Haha. Alhamdulillah Allah bagi aku ingatan yang kuat. Aku masih ingat semua yg jadi pada masa lampau aku. Yang manis akan aku simpan n yang pahit akan ku beringat. Manusia boleh berubah sekelip mata. Kalau kita buat salah, kita masih boleh perbetulkan. Begitu gak kawan kawan aku. Sebagai kawanlah kita kena jadi penyimpan rahsia yg setia :)
Tersangat panjanglah pulak cerita ni. Hee. Jom aku kenalkan korang pari pari kehidupan aku yang dulu, kini dan selamanya ..

1. FARHANA a.k.a NANA
" This girl was too awesome! Gadis cantik ni lah yg sambut kedatangan aku tanpa segan silu masa 1st time aku menjadi pelajar MRSM batu pahat. Malam tu aku tidur bilik ikin then dia ni peluk aku sebagai salam perkenalan. Tapi lpas tu ajak aku teman dia basuh anak anak kat toilet (hahaha. aku ingat okey!)
Now, dah 2tahun tak jumpa dia since last day at maktab. Masa ambik sijil spm pon tak jumpa. RINDU k. Rindu sangat sangat. Dia ni juga roomate aku masa form5. Ececeh. Banyak benda kami kongsi dalam bilik. Terutama sekali bedak. (Betul tak?) Nana ni yg buat dia sangat cantik sampai kebe pon jatuh hati adalah mata dia yg besar dan bersinar tu. Senyuman yang menawan. Cuma gelak besar yg agak kuat. Haishhh. Rindu lahh.. Agak agak sekarang macam tu lagi tak? Hehe :D"

2. Intan shafinaz 
"This girl was too pure for me. Sangatlah baik. Sangatlah jujur. Banyak kali gak kitorg gaduh gaduh kecik. Sayang kot kat budak ni. Tidur sebelah katil. Banyak cerita kitorang share. Dahlah sebilik, sekelas lagi. Semeja group jugak. Dia nikan , manja tauuu. Hee. Manja manja ganas. Aku lupa bila n kat mana, tapi dia ada cakap walaupun dia senyap sekarang tak de contact aku / kwn yg lain tapi dia tetap follow up kitorg secara sembunyi sembunyi. Awhhh. So sweet you darling. Aku byk berterima kasih kat intan ni sbb dia byk gak menyedekah brg dia kat aku n byk da dpt hadiah dari dia. Perfume,Sabun muka dari hat yai, sling bag dari indon. Banyak lagilah.. Apa cerita dia ngan Am eh? wahh.. masing masing dah taken. Im still alone intannn. Tsk. Tsk. Rindu meh"

3. Dhia shahira a.k.a dyaaa beyawesome. (onlineshop famous tuu)
"Gadis petite yang comel ni pulak seorang yg sangat tabah dan berani. Sebab tu dia mampu berjaya dalam business yg dia bangunkan. Semoga Beyawesome semakin maju n meraih nama di asia. Aku kenal dia sebagai seorang yang kuat berusaha sehingga dia dapat apa yg dia mahu. Dia ni juga seorang yg sangat penyayang dan caring pasal kawan kawan dia. Dia taknak kawan kawan dia berkawan dgn orang yg salah. Sepanjang aku kenal dia, dia selalu buat yg terbaik. Dia ni pon kreatif dan manja. Padan dengan diri dia yg petite tu. Hee. Aku adore gak kat gadis comel ni. Aku mula berjinak jinak dgn business sekarang sebab aku ambil course intrepreneur sekarang. Mula mula aku tak ada semangat ngan course ni tapi bila ingat gadis ni aku mula semangat untuk belajar dan mencuba benda baru. Thanks so muchh Dyaaa. I lebiuu so so much. Tak lupa juga gadis comel ni pon dah taken by acap. Hihi"


Okaylah.. sampai sini dulu k. Ni baru 3 orang pari pari kehidupan aku. Next entry ada ramai lagi. Rinduuuuuuu :'(


Lots of love,
pelangiapril